Salam sejahtera. Sebenarnya, saya ingin menyentuh topik perniagaan internet ataupun lebih di kenali dengan nama internet business. Saya bukannya seorang pakar. Namun begitu, saya rasa pengalaman saya yang hampir mencech 5 tahun dalam industri ini melayakkan saya untuk membincangkan mengenai isu ini.
Mungkin anda masih baru dalam perniagaan internet. Jika ‘ya’, saya ingin menasihatkan anda untuk mempelajari asas perniagaan internet terlebih dahulu. Setelah anda mempunyai asas dalam memulakan sebuah perniagaan internet, barulah anda develope idea anda untuk memulakan sesebuah perniagaan.
Sebenarnya, saya merasakan bahawa majoriti minda rakyat Malaysia dalam perniagaan internet adalah jumud. Mengapa saya berani mengatakan demikian? Hal ini kerana saya pasti anda sebagai rakyata Malaysia, jika di sebut mengenai perniagaan internet, apa yang terbayang dalam minda anda? Pastinya ‘E-BOOK’!
Buat pengetahuan anda, bukan semua orang layak menjadi seorang penulis e-book dan bukan semua orang tahu cara menulis sebuah e-book. Jika anda mempunyai ilmu yang cukup untuk menulis e-book, barulah anda layak menulis sebuah e-book untuk di jual.
Bukannya saya mengatakan bahawa salah jika anda menulis sebuah e-book. Saya cuma ingin mengembangkan lagi minda anda. “tak ada ke benda lain yang boleh di jual selain e-book?” cuba anda renung-renungkan… sebenarnya, anda perlu mempunyai mentalti setaraf dengan mat salleh untuk berjaya dalam perniagaan internet.
Cuba anda lihat Mike Filsaime, Scott dan sebagainya… mereka sememangnya popular. Tetapi, tahukah anda bagaimana caranya mereka popular? Mereka popular dengan berjaya memikirkan satu produk yang betul-betul hebat untuk di jual.
Usah pandang rendah pada diri anda. Sebenarnya, tiada seorang pun yang mempunyai otak lembab dan bodoh dalam dunia ini. Mungkin anda mengalami kesukaran dalam memikirkan idea bernas. Mengapa? Hal ini kerana anda jarang memaksa otak anda untuk berfikir. Jika anda mula dari sekarang, dalam tempoh 3 bulan sahaja, anda pasti merasakan kelainan minda anda. Anda sudah mampu memikirkan idea-idea bernas yang lain.
Saya hanya berkongsi pendapat saya. Terserah kepada anda untuk memikirkannya. ![]()


